e-FORUM SANDAKAN CITY FRIENDS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 24 on Sun May 10, 2015 11:18 am
Latest topics
» Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyFri Aug 19, 2011 2:49 pm by Shah

» Enterprise vs Sdn. Bhd.
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyFri Aug 19, 2011 2:39 pm by Shah

» Siaran Tertunda TV3
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyFri Aug 19, 2011 2:28 pm by Shah

» Live Streaming TV1, TV2 & TVi
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyFri Aug 19, 2011 2:18 pm by Shah

» Cemerlang dan Istiqamah
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyThu Jan 08, 2009 2:04 pm by Shah

» Siapakah Usahawan ?
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyTue Aug 12, 2008 5:57 am by Shah

» Pantun Dua Kerat
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyTue Aug 12, 2008 4:54 am by Shah

» BLOG LA21 KEBERSIHAN
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyMon Aug 04, 2008 2:44 am by Shah

» KUNANG-KUNANG DAN DRAGON FLY
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyTue Jun 24, 2008 7:14 pm by Shah

» SENAM ROBIK DI DATARAN MPS
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyTue Jun 24, 2008 6:48 pm by Shah

» SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptySun Feb 10, 2008 6:49 pm by Shah

» Maksud Keushawanan
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyThu Jan 17, 2008 3:26 pm by Dingsu

» JEMPUTAN MENGHANTAR BERITA
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyMon Jan 07, 2008 10:42 pm by Shah

» Pelihara solat walau dalam apa keadaan
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyMon Jan 07, 2008 3:43 pm by Dingsu

» PARLIMEN MALAYSIA
Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? EmptyMon Dec 24, 2007 9:57 pm by Shah

April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar


Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?

Go down

Apakah Syarikat Sdn. Bhd.? Empty Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?

Post  Shah Fri Aug 19, 2011 2:49 pm

Oleh: Mohhd Shah A.Hassan
Sumber: Sandakan City Friend Buletin

Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?
« Thread Started on 3/12/2010 at 7:58pm »
Hari ini, 3 Dis 2010, adalah hari kedua Sistem Pengurusan Lesen Menggaris diguna pakai bagi menggantikan Sistem LEB, di Majlis Perbandaran Sandakan.

Sebagai satu sistem baru, Sistem Pengurusan Lesen Menggaris sememangnya mempunyai kelainan yang bersifat penambahbaikan daripada Sistem LEB. Kelainan yang bersifat penambahbaikan ini termasuklah daripada aspek-

1. Paparan Antaramuka Pengguna (User Interface);
2. Aliran Proses Kerja (Work Flow Processes)
3. Input dan Output Sistem

Dari aspek kelainan input, Sistem Pengurusan Lesen Menggaris menghendaki maklumat Lembaga Pengarah syarikat yang memohon lesen seperti yang tercatat dalam Borang 49 didaftarkan dalam sistem.

Ini adalah untuk memastikan sifat sesebuah syarikat sebagai entiti berasingan daripada pemiliknya (pemegang saham) dipatuhi. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang berkenaan, kerana dalam Sistem LEB, nama Lembaga Pengarah dicetak dalam lesen sehingga difahami ramai bahawa mereka adalah pemilik. Dalam Sistem Pengurusan Lesen Menggaris, hanya nama pengurus yang dicetak.

Thread ini ditulis bagi memberi kefahaman kepada orang ramai, khususnya staf Unit Pelesenan bagi memudah mereka memberi penerangan yang betul.

...BERSAMBUNG...

Re: Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?
« Reply #1 on 3/12/2010 at 8:48pm »

Syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.) adalah satu perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1961. Sebagai sebuah perbadanan, syarikat wujud sebagai satu entiti berasingan daripada pemiliknya. Ini bermaksud, syarikat sendirian berhad mepunyai hak-hak dan kuasa-kuasa tertentu yang berasingan dan terpisah daripada hak-hak dan kuasa-kuasa pemiliknya serta berasingan dan terpisah daripada hak-hak dan kuasa-kuasa Lembaga Pengarahnya, yang diiktiraf oleh undang-undang.

Prinsip ini telah meletakkan syarikat sendirian berhad sebagai sebuah perbadanan dalam keadaan berikut:-

1. boleh memiliki harta dan asetnya sendiri
2. boleh didakwa oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dengannya
3. boleh mendakwa mana-mana pihak yang telah menjejaskan kepentingannya

Aset dan harta yang didaftarkan atas nama syarikat adalah aset dan harta syarikat tersebut dan tidak boleh dibelanjakan kecuali mengikut kuasa dan cara yang ditetapkan dalam Memorandum dan Artikel Syarikat. Pemegang saham dan/atau Lembaga Pengarah tidak boleh membelanjakan aset dan harta syarikat sewenang-wenang kerana itu bukan harta peribadi mereka. Bahkan pemegang saham dan/atau Pengarah yang didapati menggunakan aset dan harta syarikat boleh didakwa dan dikenakan hukuman oleh mahkamah kerana pecah amanah.

Sesebuah syarikat sendirian berhad dimiliki oleh sekumpulan orang; paling sedikit DUA (2) orang dan paling ramai LIMA PULUH (50) orang. Jika pemiliknya melebihi 50 orang, maka syarikat tersebut hendaklah ditukar statusnya kepada syarikat kerjasama atau yang lebih dikenali sebagai KOPERASI.

Siapakah Pemilik Syarikat?

Pemilik sesebuah syarikat sendirian berhad adalah mereka yang disenaraikan dalam Borang 24, bagi syarikat tersebut. Borang 24 menyenaraikan butir-butir saham syarikat iaitu

1. Jumlah saham syarikat yang telah diperuntukkan atau dipegang oleh seseorang,
2. Senarai pemegang saham syarikat; dan
3. Nilai pegangan setiap orang pemegang saham ke atas agihan saham syarikat.

Oleh itu, pemilik syarikat adalah pemegang saham syarikat. Orang yang namanya tidak tersenarai dalam Borang 24 bukanlah pemilik syarikat meskipun orang itu (mungkin) dinamakan sebagai Lembaga Pengarah dalam Borang 49 syarikat tersebut.

Siapakah Lembaga Pengarah Syarikat?

Lembaga Pengarah Syarikat adalah mereka yang namanya disenaraikan dalam Borang 49 syarikat berkenaan. Lazimnya, mereka ini adalah terdiri daripada pemegang saham syarikat. Bilangan pengarah syarikat tidak ditetapkan secara berkanun kecuali jika ia ditetapkan dalam Artikel Syarikat. Ahli Lembaga Pengarah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang wajib diadakan oleh pemegang-pemegang saham selepas kalendar kewangan syarikat berakhir.

Lembaga Pengarah adalah bertanggungjawab dan mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju syarikat selaras dengan Memorandum dan Artikel Syarikat. Pemegang saham tidak mempunyai kuasa dan tidak dipertanggungjawabkan dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran syarikat, melainkan pemegang saham itu juga dilantik sebagai Pengarah, maka dia bertindak atas kuasa yang diberikan kepada Pengarah bukan sebagai pemegang saham.

Lembaga Pengarah boleh melantik seseorang lain sebagai Pengurus Operasi perniagaan syarikat, dan orang itu adalah pekerja atau pegawai sepenuh masa syarikat yang berhak menerima gaji tetap daripada syarikat.

...BERSAMBUNG..

Re: Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?
« Reply #2 on 3/12/2010 at 9:48pm »

Lesen berniaga adalah lesen yang dikeluarkan kepada seseorang untuk membolehkan seseorang melakukan aktiviti atau transaksi perniagaan. Seseorang di sini bermaksud individu atau perbadanan, iaitu syarikat, persatuan, dan/atau koperasi.

Bagi individu (termasuk perkongsian), lesen akan dikeluarkan atas nama diri individu atau individu-individu yang memohon lesen itu.

Bagi perbandanan, lesen akan dikeluarkan atas nama pengurus perbandanan tersebut. Pengurus adalah orang yang bertanggungjawab terhadap perjalanan operasi perniagaan yang dimiliki oleh perbadanan tersebut.

Dalam hal suatu persatuan, pengurus dilantik oleh Pengerusi persatuan atau oleh Ahli Jawatankuasa yang diberikuasa oleh Mesyuarat Jawatankuasa untuk melantik pengurus, atau dilantik dalam Mesyuarat Jawatankuasa itu sendiri sebagai satu keputusan mesyuarat. Mesyuarat boleh melantik atau menamakan mana-mana AJK sebagai pengurus dan memberi kuasa kepadanya untuk melaksanakan perkara-perkara yang perlu untuk membolehkan operasi perniagaan persatuan dijalankan.

Dal hal suatu syarikat, pengurus dilantik oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, atau oleh Pengarah yang diberikuasa untuk melantik, atau oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah itu sendiri sebagai satu keputusan mesyuarat. Mesyuarat boleh melantik atau menamakan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah atau melantik orang lain sebagai pengurus dan memberi kuasa kepadanya untuk melaksanakan tanggungjawab dan perkara-perkara yang perlu untuk membolehkan operasi perniagaan syarikat dijalankan.

Sebagaimana seseorang individu boleh membuka seberapa banyak perniagaan yang disanggupinya, syarikat juga boleh membuka seberapa banyak perniagaan yang dikehendakinya asalkan perniagaan itu selaras dengan objek syarikat tersebut. Objek syarikat adalah tujuan syarikat itu ditubuhkan - misalnya ada syarikat ditubuhkan untuk berkecimpung dalam bidang eksport-import, atau perhotelan, atau pelancongan, atau kewangan seperti bank dan institusi kewangan (finance) dan sebagainya. Walau bagaimanapun ini tentulah bergantung kepada kemampuan modal masing-masing.

Setiap perniagaan mungkin ada pengurus masing-masing, khususnya bagi perniagaan yang sudah mencapai saiz yang besar. Setiap pengurus itu bertanggungjawab ke atas perjalanan operasi perniagaan yang diurusnya termasuklah mendapatkan lesen perniagaan dan segala permit daripada pihak berkuasa. Justeru itu, dalam hal lesen perniagaan, nama pengurus tersebut akan dicetak dalam lesen perniagaan bagi perniagaan yang diuruskannya itu.

Walau bagaimanapun, seseorang pengurus mungkin diberi peranan untuk mengurus beberapa perniagaan yang bersaiz kecil. Dalam hal ini nama pengurus akan dicetak dalam semua lesen perniagaan berkenaan.

...BERSAMBUNG

Re: Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?
« Reply #3 on 3/12/2010 at 9:55pm »

Dalam hal lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan,

Jika perniagaan adalah milik perseorang, maka nama pemilik akan dicetak pada lesen.
Jika perniagaan adalah milik perkongsian, maka semua nama pekongsi akan dicetak pada lesen sebagai pemilik
Jika perniagaan adalah milik perbadanan, maka nama pengurus dan nama pengarah/AJK akan dicetak pada lesen sebagai "Pengurus" atau "Pengarah"

Pengarah termasuklah AJK bagi sesuatu Persatuan atau Ahli Lembaga Koperasi (ALK) bagi sesuatu Koperasi.


Semoga artikel ini dapat memberi sedikit panduan dan kefahaman yang jelas kepada staf Unit Pelesenan dan orang ramai tentang lesen dan syarikat.

Sekian terima kasih

Mohd. Shah A.H
Ketua Unit Pelesenan
Majlis Perbandaran Sandakan

Selamat Berpuasa...Semoga Maju Jaya!


Shah

Posts : 27
Join date : 2007-11-30

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum