e-FORUM SANDAKAN CITY FRIENDS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 24 on Sun May 10, 2015 11:18 am
Latest topics
» Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyFri Aug 19, 2011 2:49 pm by Shah

» Enterprise vs Sdn. Bhd.
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyFri Aug 19, 2011 2:39 pm by Shah

» Siaran Tertunda TV3
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyFri Aug 19, 2011 2:28 pm by Shah

» Live Streaming TV1, TV2 & TVi
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyFri Aug 19, 2011 2:18 pm by Shah

» Cemerlang dan Istiqamah
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyThu Jan 08, 2009 2:04 pm by Shah

» Siapakah Usahawan ?
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyTue Aug 12, 2008 5:57 am by Shah

» Pantun Dua Kerat
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyTue Aug 12, 2008 4:54 am by Shah

» BLOG LA21 KEBERSIHAN
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyMon Aug 04, 2008 2:44 am by Shah

» KUNANG-KUNANG DAN DRAGON FLY
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyTue Jun 24, 2008 7:14 pm by Shah

» SENAM ROBIK DI DATARAN MPS
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyTue Jun 24, 2008 6:48 pm by Shah

» SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptySun Feb 10, 2008 6:49 pm by Shah

» Maksud Keushawanan
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyThu Jan 17, 2008 3:26 pm by Dingsu

» JEMPUTAN MENGHANTAR BERITA
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyMon Jan 07, 2008 10:42 pm by Shah

» Pelihara solat walau dalam apa keadaan
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyMon Jan 07, 2008 3:43 pm by Dingsu

» PARLIMEN MALAYSIA
SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN EmptyMon Dec 24, 2007 9:57 pm by Shah

April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar


SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN

Go down

SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN Empty SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN

Post  Shah Sun Feb 10, 2008 6:49 pm

Salam sejahtera.

Manusia adalah makhluk yang paling sempurna berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan Tuhan di muka bumi ini. Kesempurnaan penciptaan manusia terletak pada hakikat bahawa manusia dianugerahkan akal, fikiran dan perasaan di samping bentuk fizikal tubuh badan yang mampu melakukan apa sahaja tugas - daripada duduk dalam pelbagai posisi hinggalah melakukan akrobat pelbagai aksi, daripada membongkok lalu duduk dalam kenderaan hinggalah memanjat dan bertenggek lalu melompat dari tempat yang tinggi.

Sebagai makhluk sempurna yang mempunyai perasaan dan diberi akal dan fikiran, manusia mampu memilih ikhtiar hidup demi menikmati kesejahteraan hidupnya. Dalam konteks menguruskan persekitaran tempat tinggalnya, manusia secara semula jadinya memang sukakan keindahan dan kebersihan. Manusia suka kepada sesuatu yang indah kerana keindahan ini dapat mendatangkan ketenteraman dan ketenangan dalam jiwanya. Manusia suka kepada sesuatu yang bersih kerana kebersihan itu dapat mengekalkan tahap kesihatannya selama hidup.

Kedua-dua sifat semula jadi manusia ini amat jelas diperhatikan dalam komuniti desa. Ia diimplementasikan dengan menanam pokok bunga-bungaan di sekeliling halaman rumah mereka manakala halaman rumah mereka sentiasa disapu dari semasa ke semasa supaya kelihatan sentiasa bersih.

Alangkah baik dan bagusnya jika nilai-nilai sedemikian itu dapat dibawa ke, dan diamalkan oleh komuniti bandar? Sayangnya, nilai-nilai murni dari perdesaan ini seringkali diketepikan apabila ahli komuniti tersebut telah berhijrah ke bandar, atau apabila sesuatu desa itu telah dinaik taraf menjadi sebuah pusat petempatan seperti pekan dan bandar.

Di manakah silapnya? Siapakah yang silap?

Jawapannya tepuk dada tanya selera. Adakah kita masih mengamalkan nilai-nilai murni dari desa ini, atau mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian kita di bandar ini? Kenapa amat sukar kita mengekalkan apatah lagi mengembangkan nilai-nailai positif warisan nenek moyang kita sejak turun-temurun itu? Sebaliknya pula, kenapa kita terlalu mudah untuk meniruamalkan nilai-nilai asing sekali pun yang bersifat negatif atau bertentangan dengan nilai budaya kita?

Sekian.

Shah

Posts : 27
Join date : 2007-11-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum