e-FORUM SANDAKAN CITY FRIENDS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 24 on Sun May 10, 2015 11:18 am
Latest topics
» Apakah Syarikat Sdn. Bhd.?
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyFri Aug 19, 2011 2:49 pm by Shah

» Enterprise vs Sdn. Bhd.
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyFri Aug 19, 2011 2:39 pm by Shah

» Siaran Tertunda TV3
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyFri Aug 19, 2011 2:28 pm by Shah

» Live Streaming TV1, TV2 & TVi
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyFri Aug 19, 2011 2:18 pm by Shah

» Cemerlang dan Istiqamah
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyThu Jan 08, 2009 2:04 pm by Shah

» Siapakah Usahawan ?
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyTue Aug 12, 2008 5:57 am by Shah

» Pantun Dua Kerat
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyTue Aug 12, 2008 4:54 am by Shah

» BLOG LA21 KEBERSIHAN
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyMon Aug 04, 2008 2:44 am by Shah

» KUNANG-KUNANG DAN DRAGON FLY
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyTue Jun 24, 2008 7:14 pm by Shah

» SENAM ROBIK DI DATARAN MPS
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyTue Jun 24, 2008 6:48 pm by Shah

» SEMULA JADI MANUSIA SUKAKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptySun Feb 10, 2008 6:49 pm by Shah

» Maksud Keushawanan
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyThu Jan 17, 2008 3:26 pm by Dingsu

» JEMPUTAN MENGHANTAR BERITA
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyMon Jan 07, 2008 10:42 pm by Shah

» Pelihara solat walau dalam apa keadaan
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyMon Jan 07, 2008 3:43 pm by Dingsu

» PARLIMEN MALAYSIA
Enterprise vs Sdn. Bhd. EmptyMon Dec 24, 2007 9:57 pm by Shah

May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Calendar Calendar


Enterprise vs Sdn. Bhd.

Go down

Enterprise vs Sdn. Bhd. Empty Enterprise vs Sdn. Bhd.

Post  Shah Fri Aug 19, 2011 2:39 pm

Berikut adalah info mengenai perbezaan antara Enterprise dengan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Oleh: Mohd Shah A.Hassan
Sumber: Sandakan City Friend Buletin

Enterprise vs Sdn. Bhd.
« Thread Started on 29/8/2010 at 4:15am »
[Modify] [Delete]
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan ahli komuniti berkaitan dengan istilah atau perkataan yang mengelirukan banyak peniaga khususnya peniaga bumiputera, iaitu Enterprise dan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).

Semasa saya menyampaikan satu ceramah berkaitan dengan pelesenan pada bulan Mei 2010, seorang peserta telah bertanya apa beza antara enterprise dengan sendiran berhad. Yang mana lebih besar.

===============

Sebenarnya, membandingkan enterprise dengan sdn. bhd. - yang mana lebih besar(?) ini tidak tepat kerana ia bukan perkara yang sama taraf untuk dibandingkan. Umpama membezakan antara 'burung kakak tua' dengan 'kakakku yang lebih tua' - yang mana lebih cantik(?) Burung dibandingkan dengan orang, ini tidak tepat kerana kedua-duanya bukan sama taraf.

Enterprise adalah kata nama (KN) yang bermaksud perusahaan. Perusahaan pula adalah kata terbitan darpada kata akar kata kerja (Verb) usaha. Kita tahu usaha bermaksud satu pekerjaan yang berkaitan dengan perniagaan, yang diusahakan untuk mendapatkan hasil atau laba. Ini bermakna seseorang boleh sahaja melakukan pekerjaan sebagai peruncit, atau pemborong, atau pekilang dan sebagainya sebagai salah satu perusahaan untuk mendapatkan hasil atau keuntungan. Dengan kata lain, perusahaan menggambarkan bidang pekerjaan yang diceburi dan ia tidak berkaitan dengan saiz besar atau kecil tetapi berkaitan dengan kepelbagaian; berapa banyak bidang perniagaan yang diceburi atau dilakukan (peruncit, pemborong dan pekilang itu tiga bidang pekerjaan atau tiga perusahaan yang dijalankan).

Syarikat Sendirian Berhad (sdn. bhd.) pula adalah satu bentuk organisasi atau badan yang perlu ditadbir. Setiap organisasi mempunyai atau mengamalkan gaya atau stail pentadbirannya tersendiri. Lazimnya, gaya pentadbiran yang diamalkan oleh sesebuah organisasi digambarkan dalam carta pentadbiran organisasi tersebut. Dalam sdn. bhd., ada beberapa kumpulan orang berkepentingan iaitu:-


Pemegang saham syarikat (menerima dividen daripada keuntungan tahunan syarikat),
Lembaga pengarah (menerima elaun yang mereka putuskan/tetapkan sendiri setelah mengambil kira kepentingan pemegang saham, pengurusan dan aset syarikat), dan
Pengurusan (menerima gaji dan elaun-elaun yang diputuskan/ditetapkan oleh Lembaga pengarah yang diminitkan)



Pemegang saham = orang yang memegang kepentingan ekuiti (kehakmilikan dalam syarikat)

Lembaga pengarah = sekumpulan orang yang dilantik oleh pemegang saham untuk bertindak sebagai pembentuk dasar atau pemandu arah syarikat (yang menetapkan hala tuju syarikat)

Pengurusan = sekumpulan orang yang dilantik oleh Lembaga pengarah untuk menguruskan dan mentadbir syarikat, atau dengan kata lain sekumpulan orang yang dilantik oleh lembaga pengarah untuk bekerja di syarikat. Perlantikan sedemikian perlu untuk memastikan setiap wang syarikat yang digunakan untuk membayar upah atau imbuhan kepada mereka adalah sah di sisi undang-undang.

Sesebuah syarikat sendirian berhad boleh menceburi beberapa bidang perusahaan tertakluk kepada objek syarikat yang ditetapkan dalam perkara-perkara syarikat.

Kesimpulannya,

Enterprise = perusahaan yang dijalankan/boleh diceburi oleh individu dan syarikat (sdn. bhd.) mengikut kawalan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan dan cukai;

Syarikat Sdn. Bhd. = satu entiti atau badan atau organisasi yang ditubuhkan mengikut peruntukan undang-undang dan perlu ditadbir mengikut peruntukan Akta Syarikat.

Enterprise => perlu dilesenkan di bawah beberapa undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan, perdagangan, cukai, eksport import dan sebagainya.

Syarikat Sdn. Bhd. => perlu ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125).

Mudah-mudahan, penerangan yang ringkas ini dapat memberi gambaran kepada bakal usahawan tentang perbezaan enterprise dengan syarikat sendirian berhad.

Sekian.

tq

Semoga ia dapat memberi sedikit maklumat berguna kepada saudara



Shah

Posts : 27
Join date : 2007-11-30

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum